Majlis persaraan Dato' Hasyim dimulakan dengan doa. Walaupun Dato' merupakan seorang ahli korporat yang berjaya namun beliau amat menitikberatkan soal agama. Dato' Hasyim juga mengamalkan hidup bersederhana tanpa bermegah-megah. Begitulah yang diajar kepada anak-anaknya.
Selesai bacaan doa, pengerusi majlis memulakan kata-kata aluannya. Hampir sepuluh minit berlalu, pengerusi majlis menjemput Dato' Hasyim untuk naik ke pentas bagi menyampaikan ucapan beliau. Beliau yang naik ke pentas, diiringi oleh anaknya, Ikmal yang bakal menggantikan tempatnya.
"Assalamualaikum dan selamat malam", beliau memulakan ucapannya. Dato' tersenyum kepada semua pekerjanya yang telah berbakti untuk menaikkan syarikatnya selama ini. "Bismillahirahmannirrahim, alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi bertemu kita juga dimajlis ini, terima kasih kerana sudi hadir ke majlis persaraan saya. Sudah hampir 35 tahun syarikat ini beroperasi, segala dugaan,pahit manis kita lalui bersama. Saya sangat bersyukur kerana kalian semua masih bersama sudi bersama saya, tanpa kalian, mungkin saya tak akan berada ditahap ini", ujar Dato' Hasyim sebak.
Semua pekerja- pekerjanya sebak kenara Dato' Hasyim hendak bersara. Dato' yang dikenali dengan gayanya yang peramah itu sangat disenangi oleh semua orang. Oleh itulah beliau sangat dihormati.
"Qis", panggil Yana dengan perlahan.
"Ye, kenapa?", soal Yana tanpa memandang Yana. Fokusnya hanya pada Dato' yang sedang membuat ucapan.
"Mesti tak syok bila Dato' dah takde", ujarnya sebak.
"Eh, bukan kau suka ke sebab anak dia yang handsome tu yang ganti? Hari tu bukan main lagi kau, beriya-iya tak sabar dia jadi bigboss, ni dah jadi lain pulak", balas Balqis memulangkan paku buah keras kepada Yana.
"Kau ni, memang la aku nak anak dia yang handsome tu jadi bigboss cepat tapi kita tak tau lagi perangai sebenar dia. Dibuatnya garang, mampos kita, semua tak berani nak jumpa dia nanti", balas Yana dengan muka yang dibuat-buat.
"Tau pun kau", balas Balqis. "Aku ingatkan kau tak fikir dah semua tu. Almaklum la, orang tu dah macam orang angau bercinta tengok bakal boss handsome. Emm..kalau kau fikir macam tu, aku pun fikir benda yang sama, so sama-sama la lita berdoa supaya encik Ikmal tu sama perangai macam Dato' ", sambung Balqis sambil memandang Yana yang termenung.
Mereka kembali fokus kepada Dato' Hasyim yang sedang membuat ucapan. "Dengan ini, saya menjemput anak saya, Ikmal untuk naik ke pentas", ucap Dato'. Semua yang hadir bertepuk tangan tanda menghormati bakal CEO mereka yang baru.
Ikmal naik ke pentas sambil tersenyum, beliau bersalaman dengan dengan papanya, Dato' Hasyim. " Ini adalah CEO kalian yang baru, saya harap kalian dapat bekerjasama dengan Ikmal", Dato' Hasyim berkata. Beliau mempersilakan Ikmal untuk memberi ucapan. Ikmal yang segak berbaju kemeja biru gelap, berlengan pendek dan berseluar slack itu kelihatan sangat matang.
"Assalamualaikum dan selamat malam, terima kasih kepada Dato' Hasyim kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menguruskan syarikat ini. Saya berharap kalian semua boleh bekerjasama dengan saya,mungkin saya tidak boleh menandingi kecekapan Dato' dalam menguruskan syarikat tapi saya akan berusaha", ucapnya sambil tergelak kerana dirasakan agak lucu ucapannya itu.
Ikmal hanya memberikan ucapan selama lima belas minit sahaja. Kemudian beliau menyerahkan kembali tempat itu kepada pengerusi majlis. Jam sudah menunjukkan pukul 8.45 malam. Mereka menjamu selera diruang yang disediakan.
Yana yang kembali ke meja dengan membawa makanan itu duduk sebelah Balqis.
"Oiii..kau ni termenung pulak, tak nak makan ke? kau tengok la makanan yang aku ambil ni,nampak sedapkan", ujarnya sambil menyuap satey ayam ke mulutnya.
"Eee..kau ni makan ke melantak cik Yana oii, bukan main banyak lagi kau ambil, nanti kalau gemuk padan muka kau", boikot Balqis.
"Ala kau ni, malam ni je kan aku makan banyak,lagi pun makanan free, so boleh la makan banyak", balasnya sambil tersengih menampakkan barisan gigi putihnya kepada Balqis.
"Suka hati kau la Yana, nanti kalau berat badan kau naik, jangan nak merungut pulak",balas Balqis. "Dah la, cakap dengan kau memang tak pernah nak habis,baik aku ambil makanan lagi bagus", sambung Balqis seraya berdiri.
"Ambilkan aku ayam mayonis erk Qis", pinta Yana sambil buat muka cutenya.
"Emm..makan je makcik ni", ujar Balqis lalu pergi ke meja yang menempatkan makanan.
* * * *
Ikmal yang dari tadi asyik perhatikan Balqis tersedar apabila bahunya ditepuk. 'Aduh..papa ni kacau daun betul la,baru nak angan-angan dating dengan Balqis', ujarnya dalam hati sambil tersenyum memandang papanya.
"Mal, tak makan ke? Asyik termenung je ke tengah perhatikan Balqis?", ujar papanya yang menyedari tindak tanduk anaknya dari tadi.
'Alamak, papa perasan ke,kantoi aku', Ikmal tergelak. "Kejap lagi Mal makan. Papa dah makan ke?", tanya Ikmal.
"Papa dah makan dah tadi, kamu mana nak perasan kalau mata tu asyik pandang pekerja papa je", balas papanya sengaja menduga hati anaknya.
"Sekali sekala nak juga usya pekerja papa tu", balas Ikmal lantas tergelak.
"Mereka tu dah jadi pelerja kamu Mal. Papa tak kisah siapa pilihan kamu, yang penting hormat orang tua,jaga agama dan boleh buat kamu bahagia", ujar papanya. Dia tidak menghalang siapa pun pilihan anaknya.
"Betul ke papa tak kisah ni?", tanya Ikmal bagi mendapatkan kepastian.
"Betul la,cuma satu je papa minta", balasnya.
"Apa pa?", soal Ikmal.
"Kalau pun bercinta dengan pekerja sendiri, jangan campur adukkan hal kerja dengan personal ", balas papanya.
"Oh, ingatkan apa je tadi", balas Ikmal sambil tersenyum. "Papa don't worry okey, I'll be profesional ", ujarnya dengan yakin.
"Baguslah kalau macam tu, dah pergi makan nanti masuk angin perut tu", ujar papanya.
"Yelah,Mal ambil makanan dulu",seraya berlalu meninggalkan papanya.
bersambung....
Monday, 19 November 2012
Wednesday, 7 November 2012
sambungan IV ( bab 1) > kasih kekal abadi
Sedang asyik membuat kerja yang diarahkan oleh Dato' , Balqis tidak perasan ada orang yang sedang memerhatinya dari sudut bilik dalam pejabat itu. Ikmal tersenyum melihat gelagat Balqis yang sedang tekun membuat kerja. Tiba- tiba hatinya terdetik untuk menegur Balqis.
"Assalamualaikum cik Balqis", sapa Ikmal yang berdiri betul- betul dihadapan meja Balqis.
"wa'alaikumussalam encik . . . . ", Balqis tidak menghabiskan ayatnya apabila melihat gerangan tuan empunya suara. Balqis menundukkan mukanya apabila melihat senyuman Ikmal. Senyumannya mampu untuk mencairkan hati setiap wanita. Namun Balqis cuba berlagak seperti biasa dan memandang semula ke arah Ikmal.
"Encik Ikmal kan?" tanya Balqis walaupun sebenarnya dia sudah mengenali Ikmal.
"Ye saya cik Balqis, ingat saya lagi kan", jawab Ikmal yang setia memandang Balqis.
"Mesti la ingat encik Ikmal, encik kan anak Dato' Hasyim merangkap bos saya", jawab Balqis tenang.
Ikmal tergelak. "kalau ya pun tak payah la mantion macam tu,bunyi macam tak puas hati je. Cik Balqis marahkan saya ke?" soal Ikmal kepada Balqis sambil memandang tepat ke arah Balqis.
Balqis memandang tepat ke mata Ikmal kemudian kembali meneruskan kerjanya. "takde sebab saya untuk marah encik Ikmal. Hmm..Ada apa- apa yang perlu saya bantu?" tanyanya.
"Takde apa,saja nak tegur cik Balqis,saya tengok kusyuk benar cik buat kerja", balasnya.
"Kerja dengan orang encik Ikmal kena la buat betul-betul,kalau main-main nanti orang kata makan gaji butakan?" Balqis membalas dengan sindiran.
Ikmal tersenyum. "amboii, emosional je ni kenapa? Cik Balqis, kerja-kerja jugak tapi jangan sampai tertekan ye", balas Ikmal dan terus berlalu dengan gelak tawanya. Balqis hanya menggelengkan kepalanya.
'ada jugak bos yang macam ni, nasib la kau Balqis,' Balqis bermonolog sendiri.
****
Sedang asyik Yana menonton tv, Balqis mendekati Yana dengan muka yang sugul.
"kau ni dah kenapa? aku tengok dah macam kucing hilang anak dah rupa kau ni. Tak reti nak uruskan diri ke, dulu bukan main lagi kau nasihatkan aku jaga penampilan walaupun kat rumah tapi sekarang kau pulak yang tak terurus", ujar Yana kepada Balqis sambil matanya kusyuk menonton cerita febretnya Mr.Perfect.
Balqis memandang Yana, "Aku tak selesa la Yana", jawabnya.
hurmm..Balqis mengeluh.
Yana memandangnya, "Tak selesa kenapa? kau period ke? sapu la minyak angin tu bagi lega perut kau". jawabnya bersahaja tanpa tahu cerita sebenar.
"Kau ni dah kenapa? Aku nak cakap benda lain, kau cerita pasal datang bulan pulak", Balqis memprotes.
"laa..ye ke? kau pun cakap separuh-separuh,mana la aku tahu. ha'ahh, cerita la kat aku", pinta Yana.
Balqis duduk menghadap yana, "kau kan tahu yang Dato' dah nak bersara", jawab Balqis sambil membiarkan persoalan yang timbul untuk Yana.
"Qis, memang la aku tahu, bukan aku sorang je yang tahu Dato' nak bersara,satu syarikat dah tahu la sayang dan satu syarikat jugak dah tahu yang anak dia yang macho tu yang gantikan dia. Apa la kau ni, loading betul," jawab Yana bersahaja dengan nada yang penuh yakin.
"hmm..aku yang loading ke atau kau yang loading? Aku sebenarnya tak selesa dengan encik Ikmal, anak Dato' tu.
Yana memandang. "Tak selesa sebab anak dia? Aku tak faham,cuba kau explain kat aku," jawabnya.
Balqis, "hmm..pagi tadi encik Ikmal tegur aku la,tu yang aku x selesa. kalau tegur tanya pasal kerja aku tak kesah tapi ni saja nak ajak borak,nanti apa pulak orang cakap," jawabnya dengan nada yang risau.
"Pasal tu ke, hmm..untung la kau Qis sebab dia tegur, aku ni haa..tak nak pun dia tegur. Hmm..tapi kenapa kau tak selesa pulak,orang lain selesa je kalau bos tegur,lagi-lagi bila bos macam encik Ikmal tu,dah la macho,baik pulak tu," balas Yana sambil tersenyum.
"Malas aku nak layan kau ni, angan-angan tak sudah. Baik aku tido lagi bagus. Nite," Balas Balqis sambil berlalu. Yana hanya memandang Balqis hilang dari pandangan.
bersambung. . .
"Assalamualaikum cik Balqis", sapa Ikmal yang berdiri betul- betul dihadapan meja Balqis.
"wa'alaikumussalam encik . . . . ", Balqis tidak menghabiskan ayatnya apabila melihat gerangan tuan empunya suara. Balqis menundukkan mukanya apabila melihat senyuman Ikmal. Senyumannya mampu untuk mencairkan hati setiap wanita. Namun Balqis cuba berlagak seperti biasa dan memandang semula ke arah Ikmal.
"Encik Ikmal kan?" tanya Balqis walaupun sebenarnya dia sudah mengenali Ikmal.
"Ye saya cik Balqis, ingat saya lagi kan", jawab Ikmal yang setia memandang Balqis.
"Mesti la ingat encik Ikmal, encik kan anak Dato' Hasyim merangkap bos saya", jawab Balqis tenang.
Ikmal tergelak. "kalau ya pun tak payah la mantion macam tu,bunyi macam tak puas hati je. Cik Balqis marahkan saya ke?" soal Ikmal kepada Balqis sambil memandang tepat ke arah Balqis.
Balqis memandang tepat ke mata Ikmal kemudian kembali meneruskan kerjanya. "takde sebab saya untuk marah encik Ikmal. Hmm..Ada apa- apa yang perlu saya bantu?" tanyanya.
"Takde apa,saja nak tegur cik Balqis,saya tengok kusyuk benar cik buat kerja", balasnya.
"Kerja dengan orang encik Ikmal kena la buat betul-betul,kalau main-main nanti orang kata makan gaji butakan?" Balqis membalas dengan sindiran.
Ikmal tersenyum. "amboii, emosional je ni kenapa? Cik Balqis, kerja-kerja jugak tapi jangan sampai tertekan ye", balas Ikmal dan terus berlalu dengan gelak tawanya. Balqis hanya menggelengkan kepalanya.
'ada jugak bos yang macam ni, nasib la kau Balqis,' Balqis bermonolog sendiri.
****
Sedang asyik Yana menonton tv, Balqis mendekati Yana dengan muka yang sugul.
"kau ni dah kenapa? aku tengok dah macam kucing hilang anak dah rupa kau ni. Tak reti nak uruskan diri ke, dulu bukan main lagi kau nasihatkan aku jaga penampilan walaupun kat rumah tapi sekarang kau pulak yang tak terurus", ujar Yana kepada Balqis sambil matanya kusyuk menonton cerita febretnya Mr.Perfect.
Balqis memandang Yana, "Aku tak selesa la Yana", jawabnya.
hurmm..Balqis mengeluh.
Yana memandangnya, "Tak selesa kenapa? kau period ke? sapu la minyak angin tu bagi lega perut kau". jawabnya bersahaja tanpa tahu cerita sebenar.
"Kau ni dah kenapa? Aku nak cakap benda lain, kau cerita pasal datang bulan pulak", Balqis memprotes.
"laa..ye ke? kau pun cakap separuh-separuh,mana la aku tahu. ha'ahh, cerita la kat aku", pinta Yana.
Balqis duduk menghadap yana, "kau kan tahu yang Dato' dah nak bersara", jawab Balqis sambil membiarkan persoalan yang timbul untuk Yana.
"Qis, memang la aku tahu, bukan aku sorang je yang tahu Dato' nak bersara,satu syarikat dah tahu la sayang dan satu syarikat jugak dah tahu yang anak dia yang macho tu yang gantikan dia. Apa la kau ni, loading betul," jawab Yana bersahaja dengan nada yang penuh yakin.
"hmm..aku yang loading ke atau kau yang loading? Aku sebenarnya tak selesa dengan encik Ikmal, anak Dato' tu.
Yana memandang. "Tak selesa sebab anak dia? Aku tak faham,cuba kau explain kat aku," jawabnya.
Balqis, "hmm..pagi tadi encik Ikmal tegur aku la,tu yang aku x selesa. kalau tegur tanya pasal kerja aku tak kesah tapi ni saja nak ajak borak,nanti apa pulak orang cakap," jawabnya dengan nada yang risau.
"Pasal tu ke, hmm..untung la kau Qis sebab dia tegur, aku ni haa..tak nak pun dia tegur. Hmm..tapi kenapa kau tak selesa pulak,orang lain selesa je kalau bos tegur,lagi-lagi bila bos macam encik Ikmal tu,dah la macho,baik pulak tu," balas Yana sambil tersenyum.
"Malas aku nak layan kau ni, angan-angan tak sudah. Baik aku tido lagi bagus. Nite," Balas Balqis sambil berlalu. Yana hanya memandang Balqis hilang dari pandangan.
bersambung. . .
Monday, 21 May 2012
sambungan III (bab 1) > kasih kekal abadi
Dalam prjalanan ke rumah Dato’,mereka tidak banyak bercakap.Ikmal juga tidak memberitahu mereka bahawa dia adalah anak Dato’ Hasyim kerana dia tidak mahu orang menganggap dia berbangga yang dia adalah anak orang ternama.Hampir 20 minit,mereka pun tiba di rumah Dato’.Ikmal menjemput Balqis dan Yana masuk ke rumah.
“Qis,besar jugak rumah Dato’ ni kan,”bisik Yana kepada Balqis.
“Ish kau ni,takde benda lain ke nak cakap,dengar dek orang nanti,lain pulak yang mereka fikir,”marah Balqis dengan perlahan,geram dengan sikap temannya itu yang tahu cakap lepas saja.
***
Setelah selesai majlis itu,Balqis dan Yana pun berjumpa dengan Dato’ Hasyim untuk memberitahu yang mereka hendak pulang kerana hari sudah petang benar.
“Err,Dato’maaf mengganggu,hari dah petang jadi rasanya elok kami beransur pulang dulu.Terima kasih Dato’ sebab jemput kami ke majlis ni ,”kata Balqis dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
“Eh! Janganlah pulang dulu,makan malam di sini ok?” Kata Dato’ mempelawa.
“Tak apa Dato,lagi pun esok kerja takut lambat pulak baliknya”Balas Balqis dengan nada bergurau.Yana juga setuju dengan gurauan temannya itu.
“kalau kamu dah kata begitu,tak apa lah. Ikmal,ke sini sekejap ,”Dato memanggil anaknya.Yana dan Balqis hanya melihat tingkahlaku kedua beranak itu.Beberapa minit kemudian Ikmal datang ke arah mereka dengan senyuman.
“Ok,jom saya hantar awak berdua pulang ,”kata Ikmal.
Balqis dan Yana tersentak dengan pelawaan Ikmal itu.
“Eh! Tak apa,kami boleh pulang sendiri”kata Yana dengan menolak pertolongan Ikmal dengan cara yang baik.
“Ini arahan Dato’ jadi awak berdua tak boleh nak tolak” balasnya pula.
Balqis dan Yana tidak dapat membantah apa yang katakana pada meraka kerana Ikmal hanya menurut kata ayahnya. Mahu tidak mahu, mereka pun setuju untuk dihantar pulang oleh Ikmal.
****
Dalam perjalanan pulang, mereka tidak bersuara walau sepatah pun kerana Yana dan Balqis segan untuk bersemuka dengan Ikmal. Rupa-rupanya Ikmal adalah anak kepada bos mereka,Dato’ Hasyim.
“ehem”, Ikmal berdehem apabila kedua gadis comel itu hanya diam.
Yana yang duduk di sebelah pemandu hanya buat tau tahu sahaja tetapi tidak pada Balqis, Balqis yang duduk di set belakang memandang Ikmal melalui cermin depan. Balqis melihat senyuman nakal dari bibir Ikmal apabila Ikmal perasan Balqis sedang melihatnya.
“awak Balqis kan?”, Tanya Ikmal setelah melihat Yana disebelahnya melelapkan mata.
“ye saya”, jawab Balqis sambil memandang ke luar tingkap kereta.
“pernah tak orang puji awak cantik? Saya nak puji awak ni, awak ada natural face,saya suka”, katanya sambil tersenyum.
Balqis terus memandang Ikmal walaupun hanya melalui cermin. ‘berani betul mamat ni’, hati Balqis berbicara.
“thank’s” jawabnya ringkas. Muka Balqis sudah merah apabila dipuji sebegitu. Perjalanan ke rumahnya yang mengambil masa selama lebih kurang sejam dirasakan begitu lama.
“most welcome sweetheart”,jawab Ikmal sambil tersenyum. Sempat juga dia mengeyitkan matanya kepada Balqis ketika Balqis memandangnya. Jelas sekali Balqis terkejut dengan tindakan spontan yang Ikmal berikan.
Setelah sejam dalam perjalanan balik, mereka pun sampai ke rumah. Balqis mengejutkan Yana yang nyenyak tidur.
“Yana,bangun. Kita dah sampai ni”,Balqis mengerakkan bahu Yana.
“Dah sampai ke? Hurhh..”, Yana mengeliat,Balqis hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah rakannya itu.
“Ye,dah sampai. Kau tu kalau dah tidur memang tak ingat dunia”, balas Balqis kepada pertanyaan Yana.
“hehe..aku ngantuk la,sorry”, balas Yana sambil tersenggih. Yana pun keluar dari kereta milik Ikmal. Ikmah pula sedia menantikan Yana dan Balqis.
Balqis dan Yana sudah berdiri dihadapan pintu pagr rumah mereka. Balqis memandang Ikmal.
“err, terima kasih la ye encik Ikmal sebab sudi hantar kitorang balik,maaf menyusahkan”, Balqis memulakan bicara.
“tak menyusahkan pun,saya lagi suka sebab dapat kenal dengan awak berrdua”, katanya sambil memandang tepat kea rah Balqis. Balqis menundukkan muka.
“Ha’ah,thank’s ye awak sebab hantar kitorang”,sambung Yana.
Ikmal memandang Yana,senyum. “sama-sama Yana,ok lah,saya balik dulu tak manis jiran-jiran awak tengok”, jawab Ikmal.
“ok,hati-hati memandu ye”,Yana berpesan.
“ok, assalamualaikum”, salam diberi bagi menamatkan perbualan.
“wa’alaikumussalam”,jawab Yana dan Balqis.
Saturday, 19 May 2012
sambungan II (bab 1) > kasih kekal abadi
Ikmal menaiki
kereta Pajeronya.Setelah hampir setengah jam,kelihatan dua orang wanita yang
dikenalinya.’hm..ni ke yang papa maksudkan,manis jugak orangnya,’dia bermonalog
sendiri.Ikmal tersenyum apabila berhenti di hadapan Balqis dan Yana.Balqis
hairan kerana kereta itu berhenti betul-betul dihadapan mereka.Dengan muka yang
hairan,dia pun memandang Yana.
“Yana,kenapa mamat ni berhenti depan
kita pulak?”tanyanya.
“kereta dia rosak jugak kot,”balas Yana
selamber sambil melihat gelagat lelaki di dalam kereta itu.”Qis,handsome jugak
mamat ni kan?”katanya sambil tersenyum.
“Ish,takkan lah rosak betul-betul di
depan kita.Apa kau kata tadi,handsome?hm..sah lah mata kau ni,rupa macam ni kau
kata handsome.Yana,kalau kau nak tahu,handsome lagi ayah aku tau.”balasnya
dengan nada gurauan.Memang dia akui,lelaki itu handsome tapi kalau perangai tak
elok,tak boleh pakai jugak.
“Kau ni,aku cakap betul,kau main-main
pulak.Qis,kau tanya lah kat orang tu dia nak apa,dari tadi aku tengok dia asyik
pandang kau aje.cemburu aku,”beritahu Yana dengan nada merajuk yang
dibuat-buat.
“Tak nak lah,entah-entah orang
jahat.Ha’ah! kau tak takut?”jelas Balqis
kepada Yana.Dia tidak mahu perkara yang tak di ingini terjadi.
“Kau ni jangan lah takutkan aku
pulak,”katanya dengan wajah yang cemas.
“Aku bukan takutkan kau tapi nak ingatkan
kau aje,biarkan lah mamat tu.”Mereka pun tidak mempedulikan lelaki itu.
Ikmal tersenyum
melihat gelagat Balqis dan Yana,nampak benar mereka takut dengannya.’Alahai..muka
macho macam aku ni pun ada orang yang takut ke?’Ikmal keluar dari kereta dan
terus mendekati mereka.Ikmal sengaja duduk dekat dengan mereka,wajah yang dipamerkan
oleh kedua wanita itu jelas sekali tidak selesa dengan kehadirannya di situ.
Setelah sepuluh
minit,Ikmal kembali merenung ke arah mereka.Mereka menjadi panik tetapi dikuatkan
juga hati mereka.Walau apa pun yang terjadi,mereka akan lawan lelaki itu jika
dia bertindak kasar.
“Assalamualaikum,”sapa Ikmal dengan
senyuman.
“Wa’alaikumusalam,”jawab Balqis dan Yana
dengan suara yang perlahan.
“Boleh saya tanya awak berdua,itu pun kalau
korang tak kisah,”tanya Ikmal bersahaja.
Balqis dan Yana
saling berpandangan.Mereka semakin takut dengan sikap lelaki itu yang berani
menegur mereka.
“Apa encik,”jawab Balqis dengan berani
sambil memandang lelaki tersebut.
Ikmal tersenyum
dengan tindak balas yang diberi,”cik adik berdua ni nak ke mana?” Ikmal sengaja
bertanya meskipun sudah tahu yang mereka adalah tetamu papanya.
“Err,perlu ke kami jawab soalan tu?
Lagi pun encik siapa nak ambil tahu,”Yana menjawab bagi pihak Balqis yang sudah
terdiam.
“Hm..rasanya perlu,”balasnya sambil
tersenyum.
Yana kecut perut
mendengar jawapan dari Ikmal.’Siapa pulak dia yang sebenarnya ni,’Yana semakin
hairan dengan jawpan yang diberikan oleh Ikmal.
“Encik nak apa sebenarnya ni?”Balqis
bertanya.
Ikmal ketawa mendengar soalan
itu,’hm..boleh tahan jugak dia ni,berani,’getus hatinya.”Saya nak bawa awak
berdua ke rumah Dato’Hasyim,”balas Ikmal tanpa berselindung lagi,kesian pulak
dia tengok tetamu papanya ni seperti takut benar dengannya.Ikmal tersenyum.
Balqis dan Yana
saling berpandangan,hairan!
“Macam mana encik tahu kami nak ke
sana?” tanya Yana dengan berani.
“Saya kan murid nujum Pak
Belalang,mestilah tahu,”katanya sambil ketawa.”Takde lah,saya gurau aje,”kesian
pulak dia tengok mereka bila mendengar salah seornag darinya mengeluh.”ok saya
cakap betul-betul,Dato’ yang suruh saya jemput awak berdua,dia risau katanya
kerana korang tak sampai-sampai ke rumah dari tadi,”jelas Ikmal.
“Apa bukti awak kalau Dato’ yang menyuruh awak
jemput kitorang kat sini,”Balqis bertanya,kurang senang dengan apa yang
diberitahu oleh lelaki itu kepada mereka.
Ikmal tersenyum.”Awak nak
bukti?ok,saya akan buktikan pada korang,”katanya.Ikmal mengeluarkan handphone
lalu menelefon seseorang.Balqis dan Yana bingung.
“Nah!”Ikmal menghulurkan handphone
kepada Balqis.
Setelah lima
minit berbual,Balqis pun menamatkan panggilan itu dan mengembalikan handphone
milik Ikmal semula kepadanya.
“Saya percayakan awak,”kata Balqis.
“Thank’s..”balas Ikmal dengan senyuman
yang tak lekang di bibir.
bersambung. . .
Thursday, 17 May 2012
sambungan :kasih kekal abadi (bab 1)
Hampir sejam
barulah formen itu muncul.Tetapi malangnya,dia berkata bahawa keretanya perlu
dibawa ke bengkel kerana kerosakan yang agak teruk.Sekali lagi mereka ditimpa
malang,mereka terpaksa menunggu di perhentian bas yang berdekatan,itu pun
mereka bernasib baik kerana formen tersebut sudi menumpangkan mereka.Jika
tidak,menangislah mereka.
“Apalah malang nasib kita hari ni kan
Yana?” kata Balqis setelah lama mereka membisu.
“Yala Qis,kereta aku tu pun macam
sengaja pulak nak rosak sekarang.Sakit pulak hati aku ni,”balas Yana tak puas
hati mengenai keretanya.
“Kereta kau tu nak minta ganti yang
baru kot,” katanya pulak dalam nada bergurau sambil tersenyum.
“kereta baru?Qis,kau ingat aku ni
anak Tan Sri? Menteri? Anak-anak menteri
pun tak tukar-tukar kereta tahu tak?” membalas gurauan Balqis.
Balqis tersenyum.
Di perkarangan
rumah Dato’ Hasyim sudah penuh dek tetamu,tetapi pekerjanya yang dua orang tu
pulak masih tak datang-datang lagi.Fikirnya,sudah sejam dia terima panggilan
dari Balqis,tapi takkan lah mereka tak sampai-sampai lagi.Dato’ mula risau.Dia
pun menyuruh anaknya Ikmal yang baru pulang dari luar negara itu untuk mencari
pekerja-pekerjanya itu.
“Ikmal,tolong papa boleh?”kata Dato’
Hasyim kepada anaknya.
“Apa papa? Insya-Allah,”balas anaknya
ramah,anaknya yang berusia 26 tahun itu begitu hormat dengannya.Kenduri yang dibuat itu juga adalah
untuk menyambut kepulangannya.Dato’ begitu bangga kerana mempunyai anak seperti
Ikmal yang menurut jejaknya dalam bidang perniagaan perkapalan.
“Mal keluar sekejap boleh tak? Pekerja
papa tu tak sampai-sampai lagi,papa risau lah.Mereka tu dah lah
perempuan.”jawab Dato’ dengan nada suara yang risau.
“Perempuan? Pucuk dicita ulam
mendatang ni papa,”katanya dengan nada bergurau.
“Aik! Nak cari calon ke? Papa tak kisah tapi pandai-pandai lah kamu
pikat,dua-dua pun baik,sopan budaknya,”kata papanya sambil tersenyum.
“Kalau papa tak kisah,Mal
nak,”Berderai tawa kedua beranak itu.
“Papa nak Mal cari mereka kan
papa?tapi macam mana Mal nak kenal,Mal kan tak pernah tengok rupa mereka,”tanya
Ikmal kepada papanya.
“Mal bawa handphone papa ni,ni ada
gambar mereka berdua,”kata papanya.
“Aik!Macam mana pulak gambar anak dara
orang boleh ada dengan papa ni?”tanya Ikmal sambil ketawa.
“Mal ni,ingat papa nak main kayu tiga
ke? Kalau Mal nak tahu,semua gambar pekerja-pekerja yang dibawah jagaan
papa,mesti ada gambar tahu,kalau tak percaya jugak,Mal tengoklah gambar-gambar
tu,macam-macam rupa ada,” tegas papanya.
“Ala papa ni,Mal gurau aje lah papa.Mal
tahu papa baik,sayangkan mama.Tapi kalau papa ada gambar-gambar perempuan
cantik pun,Mal tahu tu calon-calon menantu kan?”katanya sambil ketawa.
“Dah-dah lah tu nak sakat papa,Mal pergilah
cepat,takut tak sempat pulak nanti,”kata papanya.
“Yala papa,Mal pergi dulu.”balas Ikmal
bagi menamatkan perbualan mereka.
Wednesday, 9 May 2012
KASIH KEKAL ABADI..
"Cinta amat mahal takrifnya,
Itulah yang difitrahkan oleh Allah s.w.t
kepada hambanya,
Cinta hanya tertulis
pada perkataan ,
Tapi tidak dapat
dilihat pada zahirnya,
Cinta ialah
tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran,
Ingat
pada yang satu,
Jujur pada yang
setia,
Setia pada yang
rindu,
Rindu pada yang
menyayangimu..
Cinta takkan datang kalau tak dicari,juga
takkan dapat kalau tiada yang memberi,
Tapi..
Mencari cinta biarlah pada yang sudi,bukan
meminta pada yang simpati,
Dan..bukan memberi kerana simpati,.... "
Norhikmah Ali Akbar. . .
******
BAB 1
Nubalqis merasakan kehangatan sinar mentari
yang menyegat kulitnya,Balqis mula tidak selesa kerana tidurnya terganggu,sudah
sering kali dia pesan pada Lyana,teman
serumahnya yang juga merupakan teman sekerjanya.Lyana merupakan kawan baiknya
sejak sekolah menengah lagi,mereka sering berkongsi kisah suka dan duka
bersama,hubungan mereka kini seperti adik beradik.
“Yana,kan aku dah pesan jangan buka
langsir tu selagi aku tak bangun,” jerit Balqis pada temannya.Dengan mata yang
masih terpejam Balqis terus memprotes tindakan Yana.
Yana pun masuk ke bilik Balqis setelah
mendengar jeritan Balqis.” Cik Balqis oii,matahari dah tegak kat atas kepala
pun masih tak nak bangun lagi ke? Kau ni selagi aku tak bising,selagi tu kau
tak bangun,”dia hanya mampu menggelengkan kepala sahaja dengan tabiat kawannya
itu.
“Ala,bagi lah aku peluang bangun lambat
hari ni Yana ,kau pun tahukan aku banyak kerja semalam,pulang pun dah lewat
benar rasanya.”Balqis tetap dengan kedegilannya.
Yana hanya
memperhatikan Balqis yang masih lagi berselimut.
Yana mula menapak ke katil
Balqis,”Qis,bangunlah please.Kau dah lupa ke yang hari ni kita nak ke rumah
Dato’ Hasyim? Kan kau sendiri yang dah janji nak pergi.”
“Aku tahulah,tapi ni kan masih awal
lagi.”
Yana menggelengkan kepalanya,”Balqis
oii,kau bangun sekarang dan tengok jam ni.” Yana menghulurkan jam lonceng milik
Balqis itu kepadanya.
“Ha’ah!!
Dah jam 1.35 pm.Kenapa tak kejutkan aku Yana,kan kita kena datang awal
nak tolong apa yang patut.”Balqis terus bangun dan mencapai tuala mandinya.
“Amboi-amboi,sedapnya
mulut kata aku tak bangunkan kau awal-awal,ni cik Balqis oii,dah jenuh mulut
aku ni bangunkan kau,kau tahu tak? Dah,jangan dok cakap banyak,pi mandi
cepat,nanti tak pasal-pasal kita lambat pulak.” Sambil itu Yana pun keluar dari
bilik Balqis,dia juga ingin bersiap siap.
Setelah setengah
jam, Balqis pun siap berbaju kurung moden.Dengan hanya memakai bedak muka yang
nipis dan mencalitkan sedikit gincu berwarna pink,dia nampak begitu ayu.Rambutnya
yang panjang itu menyerlahkan lagi keayuannya.Sesiapa sahaja yang melihat pasti
akan jatuh hati padanya,dengan matanya yang bundar sangat cantik.
“Hm..cantik jugak aku ni,”katanya sambil
tersenyum di hadapan cermin.
“Balqis,dah cantik sangat dah tu,”sapa
Yana sambil tersenyum,tidak dinafikan kecantikan temannya itu,kecantikan yang
dimiliki oleh Balqis itu sebenarnya diwarisi dari ibunya,ibu Balqis merupakan
seorang wanita yang sangat cantik,bukan sahaja luaran tetapi juga dalaman.
“Cemburu ke?”balas Balqis sambil ketawa.
“Takde maknanya aku nak cemburu,”katanya
sambil tersenyum.
Mereka
berpandangan sejenak,dan tiba-tiba mereka pun ketawa.
Dalam perjalanan
ke rumah Dato’ Hasyim,kereta Yana tiba-tiba saja rosak.
“Alamak,apa hal pulak kereta ni?”kata
Yana tidak puas hati.
“Kenapa ni Yana?” tanya Balqis cemas.
Yana cuba untuk
menghidupkan semula enjin keretanya tetapi tetap tidak dapat.
“Qis,aku rasa kereta aku ni dah
rosaklah.Tengok ni,tak dapat start,” Yana memberitahu Balqis.
“Kau ni biar betul Yana?”dengan wajah yang
bimbang.
“Kau ni,takkan aku nak tipu pulak dalam
keadaan macam ni,”balasnya.
“Habis tu nak buat macam mana ni? Yana,
kau tengoklah apa yang rosak kat enjin kereta kau ni,”pinta Balqis.
Yana terus memandang Balqis,”kau nak aku
tengok apa yang rosak? Qis,aku manalah tahu bab-bab enjin ni,” katanya dengan
muka yang bimbang.
Mereka diam
sejenak,berfikir bagaimana hendak menyelesaikan masalah mereka itu.Tiba-tiba
Balqis tersenyum.
Yana hairan melihat temannya itu,”yang
kau senyum-senyum ni kenapa? Kau tahu ke macam mana nak selesaikan masalah kita
ni?kalau tahu,cepatlah bagi tahu kat aku.” Kata Yana.
“Ala Yana,senang je lah,call lah formen
selesai masalah,” katanya sambil tersenyum bangga.
“bagus jugak otak kau ni ye..”balasnya
sambil tersenyum.
“Ok,sekejap ye,” sambung Yana.
Setelah beberapa
minit berbual ditelefon,Yana masuk semula ke dalam kereta dengan wajah yang
tegang.Balqis menjadi pelik melihat temannya itu.
“Dah?”tanya Balqis.
“Dah tapi..” Yana sengaja biarkan
ayatnya tergantung.
“Tapi
apa Yana? Bagitahulah aku cepat.”tanya Balqis hairan.
Yana
mengeluh,”kita mungkin lambat sampai ke rumah Dato’ Hasyim.Mereka kata mungkin
dalam masa sejam baru nak sampai sini,” katanya perlahan.
“Kenapa lama sangat?”tanyanya.
“Dia kata tempat kita ni jauh,sebab tu
ambil masa yang lama.”balas Yana.Dia mengeluh.
Mereka tidak tahu
hendak buat apa lagi,yang mereka mampu buat cuma menunggu sehingga formen
datang.Yana memandang Balqis yang sudah melelapkan mata,hm..bosan agaknya.
“Qis,kau dah call Dato’ ke?”tanya
Yana.Balqis pun terus memandang Yana dengan muka yang hairan.
“Belum,nak call kenapa?”tanya Balqis
hairan bila Yana tiba-tiba bersuara.
“Belum! Qis,kau ni takkan lah itu
pun aku nak bagitahu jugak kat kau,addoii..”rungut Yana kepadanya.
“Nak bagitahu apa kat Dato’?”
Balqis masih dalam kebingunggan.
“Bagitahulah yang kita mungkin lewat
sampai,”Yana pelik dengan sikap Balqis yang dalam kebingunggan itu,takkan lah
dia tak fikir yang mungkin Dato’ akan menanti kedatangan mereka.
“Owh,aku lupa lah,”katanya dengan
wajah yang blurr.
bersambung. . .
Sunday, 6 May 2012
sambungan kisah~cinta
selepas berlakunyer kemalangan tu dan selepas msg terakhir dari dak lelaki tu, diorg p0n terputus hubungan..diorg memang langsung x msg..walaupun ati rase bet0l2 rindu tp prjnjian telah pn d buat..smpai la akhirnyer dak pompuan tu padam no hp dak lelaki nie..
tapi. . .
1 kejadian yg membuatkan dak lelaki nie call dak pompuan nie adalah apabila dia terdengar 1 berita tentang tsunami..dak lelaki nie trs call dak pompuan tu..dak lelaki nie risau sal dak pompuan nie..tkt terjadi ape2..
dari kejadian tu..diorg pn cntct semula tetapi hnya melalui faceb0ok selepas dak lelaki nie add dak pompuan nie semula..dan msa tu la diorg berkate jjr antara satu sme lain..dak pompuan nie kate kat lelaki tu..
"awk,sy nk ckp yg sy rndu sgt kat awk"
dak lelaki tu pn balas..
"sme la..sy pn rndu awk jgk "
mse tu ati dak pompuan tu hpy sgt walaupun dia xleh nk brsame ngn lelaki tu lagi..
tapi dak pompuan nie msh blh trime dak lelaki nie sebagai kawan...
tapi. . .
1 kejadian yg membuatkan dak lelaki nie call dak pompuan nie adalah apabila dia terdengar 1 berita tentang tsunami..dak lelaki nie trs call dak pompuan tu..dak lelaki nie risau sal dak pompuan nie..tkt terjadi ape2..
dari kejadian tu..diorg pn cntct semula tetapi hnya melalui faceb0ok selepas dak lelaki nie add dak pompuan nie semula..dan msa tu la diorg berkate jjr antara satu sme lain..dak pompuan nie kate kat lelaki tu..
"awk,sy nk ckp yg sy rndu sgt kat awk"
dak lelaki tu pn balas..
"sme la..sy pn rndu awk jgk "
mse tu ati dak pompuan tu hpy sgt walaupun dia xleh nk brsame ngn lelaki tu lagi..
tapi dak pompuan nie msh blh trime dak lelaki nie sebagai kawan...
TAMAT.. . . .
Subscribe to:
Posts (Atom)

