Wednesday 9 May 2012

KASIH KEKAL ABADI..


                                                                                 "Cinta amat mahal takrifnya,
                           Itulah yang difitrahkan oleh Allah s.w.t kepada hambanya,
                           Cinta hanya tertulis pada perkataan ,         
                           Tapi tidak dapat dilihat pada zahirnya,
                           Cinta ialah tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran,
                           Ingat pada yang satu,
                           Jujur pada yang setia,
                           Setia pada yang rindu,
                           Rindu pada yang menyayangimu..
 Cinta takkan datang kalau tak dicari,juga takkan dapat kalau tiada yang memberi,
 Tapi..
 Mencari cinta biarlah pada yang sudi,bukan meminta pada yang simpati,
 Dan..bukan memberi kerana simpati,.... "            
                                                                                               
                                                                                                                                                                                                     Norhikmah Ali Akbar. . .

******

BAB 1


      Nubalqis merasakan kehangatan sinar mentari yang menyegat kulitnya,Balqis mula tidak selesa kerana tidurnya terganggu,sudah sering kali dia pesan pada  Lyana,teman serumahnya yang juga merupakan teman sekerjanya.Lyana merupakan kawan baiknya sejak sekolah menengah lagi,mereka sering berkongsi kisah suka dan duka bersama,hubungan mereka kini seperti adik beradik.
        “Yana,kan aku dah pesan jangan buka langsir tu selagi aku tak bangun,” jerit Balqis pada temannya.Dengan mata yang masih terpejam Balqis terus memprotes tindakan Yana.
        Yana pun masuk ke bilik Balqis setelah mendengar jeritan Balqis.” Cik Balqis oii,matahari dah tegak kat atas kepala pun masih tak nak bangun lagi ke? Kau ni selagi aku tak bising,selagi tu kau tak bangun,”dia hanya mampu menggelengkan kepala sahaja dengan tabiat kawannya itu.
       “Ala,bagi lah aku peluang bangun lambat hari ni Yana ,kau pun tahukan aku banyak kerja semalam,pulang pun dah lewat benar rasanya.”Balqis tetap dengan kedegilannya.
Yana hanya memperhatikan Balqis yang masih lagi berselimut.
         Yana mula menapak ke katil Balqis,”Qis,bangunlah please.Kau dah lupa ke yang hari ni kita nak ke rumah Dato’ Hasyim? Kan kau sendiri yang dah janji nak pergi.”
       “Aku tahulah,tapi ni kan masih awal lagi.”
        Yana menggelengkan kepalanya,”Balqis oii,kau bangun sekarang dan tengok jam ni.” Yana menghulurkan jam lonceng milik Balqis itu kepadanya.
       “Ha’ah!!  Dah jam 1.35 pm.Kenapa tak kejutkan aku Yana,kan kita kena datang awal nak tolong apa yang patut.”Balqis terus bangun dan mencapai tuala mandinya.
“Amboi-amboi,sedapnya mulut kata aku tak bangunkan kau awal-awal,ni cik Balqis oii,dah jenuh mulut aku ni bangunkan kau,kau tahu tak? Dah,jangan dok cakap banyak,pi mandi cepat,nanti tak pasal-pasal kita lambat pulak.” Sambil itu Yana pun keluar dari bilik Balqis,dia juga ingin bersiap siap.




Setelah setengah jam, Balqis pun siap berbaju kurung moden.Dengan hanya memakai bedak muka yang nipis dan mencalitkan sedikit gincu berwarna pink,dia nampak begitu ayu.Rambutnya yang panjang itu menyerlahkan lagi keayuannya.Sesiapa sahaja yang melihat pasti akan jatuh hati padanya,dengan matanya yang bundar sangat cantik.
       “Hm..cantik jugak aku ni,”katanya sambil tersenyum di hadapan cermin.
       “Balqis,dah cantik sangat dah tu,”sapa Yana sambil tersenyum,tidak dinafikan kecantikan temannya itu,kecantikan yang dimiliki oleh Balqis itu sebenarnya diwarisi dari ibunya,ibu Balqis merupakan seorang wanita yang sangat cantik,bukan sahaja luaran tetapi juga dalaman.
       “Cemburu ke?”balas Balqis sambil ketawa.
      “Takde maknanya aku nak cemburu,”katanya sambil tersenyum.
Mereka berpandangan sejenak,dan tiba-tiba mereka pun ketawa.



Dalam perjalanan ke rumah Dato’ Hasyim,kereta Yana tiba-tiba saja rosak.
       “Alamak,apa hal pulak kereta ni?”kata Yana tidak puas hati.
       “Kenapa ni Yana?” tanya Balqis cemas.
Yana cuba untuk menghidupkan semula enjin keretanya tetapi tetap tidak dapat.
      “Qis,aku rasa kereta aku ni dah rosaklah.Tengok ni,tak dapat start,” Yana memberitahu Balqis.
      “Kau ni biar betul Yana?”dengan wajah yang bimbang.
      “Kau ni,takkan aku nak tipu pulak dalam keadaan macam ni,”balasnya.
      “Habis tu nak buat macam mana ni? Yana, kau tengoklah apa yang rosak kat enjin kereta kau ni,”pinta Balqis.
      Yana terus memandang Balqis,”kau nak aku tengok apa yang rosak? Qis,aku manalah tahu bab-bab enjin ni,” katanya dengan muka yang bimbang.
Mereka diam sejenak,berfikir bagaimana hendak menyelesaikan masalah mereka itu.Tiba-tiba Balqis tersenyum.

        Yana hairan melihat temannya itu,”yang kau senyum-senyum ni kenapa? Kau tahu ke macam mana nak selesaikan masalah kita ni?kalau tahu,cepatlah bagi tahu kat aku.” Kata Yana.
       “Ala Yana,senang je lah,call lah formen selesai masalah,” katanya sambil tersenyum bangga.
       “bagus jugak otak kau ni ye..”balasnya sambil tersenyum.
       “Ok,sekejap ye,” sambung Yana.



Setelah beberapa minit berbual ditelefon,Yana masuk semula ke dalam kereta dengan wajah yang tegang.Balqis menjadi pelik melihat temannya itu.
        “Dah?”tanya Balqis.
        “Dah tapi..” Yana sengaja biarkan ayatnya tergantung.
        “Tapi  apa Yana? Bagitahulah aku cepat.”tanya Balqis hairan.
Yana mengeluh,”kita mungkin lambat sampai ke rumah Dato’ Hasyim.Mereka kata mungkin dalam masa sejam baru nak sampai sini,” katanya perlahan.
         “Kenapa lama sangat?”tanyanya.
         “Dia kata tempat kita ni jauh,sebab tu ambil masa yang lama.”balas Yana.Dia mengeluh.

Mereka tidak tahu hendak buat apa lagi,yang mereka mampu buat cuma menunggu sehingga formen datang.Yana memandang Balqis yang sudah melelapkan mata,hm..bosan agaknya.
          “Qis,kau dah call Dato’ ke?”tanya Yana.Balqis pun terus memandang Yana dengan muka yang hairan.
           “Belum,nak call kenapa?”tanya Balqis hairan bila Yana tiba-tiba bersuara.
           “Belum! Qis,kau ni takkan lah itu pun aku nak bagitahu jugak kat kau,addoii..”rungut Yana kepadanya.
            “Nak bagitahu apa kat Dato’?” Balqis masih dalam kebingunggan.
          “Bagitahulah yang kita mungkin lewat sampai,”Yana pelik dengan sikap Balqis yang dalam kebingunggan itu,takkan lah dia tak fikir yang mungkin Dato’ akan menanti kedatangan mereka.
          “Owh,aku lupa lah,”katanya dengan wajah yang blurr.




bersambung. . .










No comments:

Post a Comment