Thursday 17 May 2012

sambungan :kasih kekal abadi (bab 1)



Hampir sejam barulah formen itu muncul.Tetapi malangnya,dia berkata bahawa keretanya perlu dibawa ke bengkel kerana kerosakan yang agak teruk.Sekali lagi mereka ditimpa malang,mereka terpaksa menunggu di perhentian bas yang berdekatan,itu pun mereka bernasib baik kerana formen tersebut sudi menumpangkan mereka.Jika tidak,menangislah mereka.
          “Apalah malang nasib kita hari ni kan Yana?” kata Balqis setelah lama mereka membisu.
          “Yala Qis,kereta aku tu pun macam sengaja pulak nak rosak sekarang.Sakit pulak hati aku ni,”balas Yana tak puas hati mengenai keretanya.
          “Kereta kau tu nak minta ganti yang baru kot,” katanya pulak dalam nada bergurau sambil tersenyum.
          “kereta baru?Qis,kau ingat aku ni anak Tan Sri? Menteri?  Anak-anak menteri pun tak tukar-tukar kereta tahu tak?” membalas gurauan Balqis.
Balqis tersenyum.




Di perkarangan rumah Dato’ Hasyim sudah penuh dek tetamu,tetapi pekerjanya yang dua orang tu pulak masih tak datang-datang lagi.Fikirnya,sudah sejam dia terima panggilan dari Balqis,tapi takkan lah mereka tak sampai-sampai lagi.Dato’ mula risau.Dia pun menyuruh anaknya Ikmal yang baru pulang dari luar negara itu untuk mencari pekerja-pekerjanya itu.

        “Ikmal,tolong papa boleh?”kata Dato’ Hasyim kepada anaknya.
        “Apa papa? Insya-Allah,”balas anaknya ramah,anaknya yang berusia 26 tahun itu begitu hormat  dengannya.Kenduri yang dibuat itu juga adalah untuk menyambut kepulangannya.Dato’ begitu bangga kerana mempunyai anak seperti Ikmal yang menurut jejaknya dalam bidang perniagaan perkapalan.
         “Mal keluar sekejap boleh tak? Pekerja papa tu tak sampai-sampai lagi,papa risau lah.Mereka tu dah lah perempuan.”jawab Dato’ dengan nada suara yang risau.
         “Perempuan? Pucuk dicita ulam mendatang ni papa,”katanya dengan nada bergurau.
         “Aik! Nak cari calon  ke? Papa tak kisah tapi pandai-pandai lah kamu pikat,dua-dua pun baik,sopan budaknya,”kata papanya sambil tersenyum.
         “Kalau papa tak kisah,Mal nak,”Berderai tawa kedua beranak itu.
         “Papa nak Mal cari mereka kan papa?tapi macam mana Mal nak kenal,Mal kan tak pernah tengok rupa mereka,”tanya Ikmal kepada papanya.
         “Mal bawa handphone papa ni,ni ada gambar mereka berdua,”kata papanya.
        “Aik!Macam mana pulak gambar anak dara orang boleh ada dengan papa ni?”tanya Ikmal sambil ketawa.
        “Mal ni,ingat papa nak main kayu tiga ke? Kalau Mal nak tahu,semua gambar pekerja-pekerja yang dibawah jagaan papa,mesti ada gambar tahu,kalau tak percaya jugak,Mal tengoklah gambar-gambar tu,macam-macam rupa ada,” tegas papanya.
        “Ala papa ni,Mal gurau aje lah papa.Mal tahu papa baik,sayangkan mama.Tapi kalau papa ada gambar-gambar perempuan cantik pun,Mal tahu tu calon-calon menantu kan?”katanya sambil ketawa.
       “Dah-dah lah tu nak sakat papa,Mal pergilah cepat,takut tak sempat pulak nanti,”kata papanya.
       “Yala papa,Mal pergi dulu.”balas Ikmal bagi menamatkan perbualan mereka.



No comments:

Post a Comment