Saturday 19 May 2012

sambungan II (bab 1) > kasih kekal abadi



Ikmal menaiki kereta Pajeronya.Setelah hampir setengah jam,kelihatan dua orang wanita yang dikenalinya.’hm..ni ke yang papa maksudkan,manis jugak orangnya,’dia bermonalog sendiri.Ikmal tersenyum apabila berhenti di hadapan Balqis dan Yana.Balqis hairan kerana kereta itu berhenti betul-betul dihadapan mereka.Dengan muka yang hairan,dia pun memandang Yana.
        “Yana,kenapa mamat ni berhenti depan kita pulak?”tanyanya.
        “kereta dia rosak jugak kot,”balas Yana selamber sambil melihat gelagat lelaki di dalam kereta itu.”Qis,handsome jugak mamat ni kan?”katanya sambil tersenyum.
        “Ish,takkan lah rosak betul-betul di depan kita.Apa kau kata tadi,handsome?hm..sah lah mata kau ni,rupa macam ni kau kata handsome.Yana,kalau kau nak tahu,handsome lagi ayah aku tau.”balasnya dengan nada gurauan.Memang dia akui,lelaki itu handsome tapi kalau perangai tak elok,tak boleh pakai jugak.
        “Kau ni,aku cakap betul,kau main-main pulak.Qis,kau tanya lah kat orang tu dia nak apa,dari tadi aku tengok dia asyik pandang kau aje.cemburu aku,”beritahu Yana dengan nada merajuk yang dibuat-buat.
       “Tak nak lah,entah-entah orang jahat.Ha’ah!  kau tak takut?”jelas Balqis kepada Yana.Dia tidak mahu perkara yang tak di ingini terjadi.
       “Kau ni jangan lah takutkan aku pulak,”katanya dengan wajah yang cemas.
      “Aku bukan takutkan kau tapi nak ingatkan kau aje,biarkan lah mamat tu.”Mereka pun tidak mempedulikan lelaki itu.
Ikmal tersenyum melihat gelagat Balqis dan Yana,nampak benar mereka takut dengannya.’Alahai..muka macho macam aku ni pun ada orang yang takut ke?’Ikmal keluar dari kereta dan terus mendekati mereka.Ikmal sengaja duduk dekat dengan mereka,wajah yang dipamerkan oleh kedua wanita itu jelas sekali tidak selesa dengan kehadirannya di situ.
Setelah sepuluh minit,Ikmal kembali merenung ke arah mereka.Mereka menjadi panik tetapi dikuatkan juga hati mereka.Walau apa pun yang terjadi,mereka akan lawan lelaki itu jika dia bertindak kasar.

       “Assalamualaikum,”sapa Ikmal dengan senyuman.
      “Wa’alaikumusalam,”jawab Balqis dan Yana dengan suara yang perlahan.
      “Boleh saya tanya awak berdua,itu pun kalau korang tak kisah,”tanya Ikmal bersahaja.
Balqis dan Yana saling berpandangan.Mereka semakin takut dengan sikap lelaki itu yang berani menegur mereka.
         “Apa encik,”jawab Balqis dengan berani sambil memandang lelaki tersebut.
Ikmal tersenyum dengan tindak balas yang diberi,”cik adik berdua ni nak ke mana?” Ikmal sengaja bertanya meskipun sudah tahu yang mereka adalah tetamu papanya.
        “Err,perlu ke kami jawab soalan tu? Lagi pun encik siapa nak ambil tahu,”Yana menjawab bagi pihak Balqis yang sudah terdiam.
        “Hm..rasanya perlu,”balasnya sambil tersenyum.
Yana kecut perut mendengar jawapan dari Ikmal.’Siapa pulak dia yang sebenarnya ni,’Yana semakin hairan dengan jawpan yang diberikan oleh Ikmal.
        “Encik nak apa sebenarnya ni?”Balqis bertanya.
         Ikmal ketawa mendengar soalan itu,’hm..boleh tahan jugak dia ni,berani,’getus hatinya.”Saya nak bawa awak berdua ke rumah Dato’Hasyim,”balas Ikmal tanpa berselindung lagi,kesian pulak dia tengok tetamu papanya ni seperti takut benar dengannya.Ikmal tersenyum.
Balqis dan Yana saling berpandangan,hairan!
         “Macam mana encik tahu kami nak ke sana?” tanya Yana dengan berani.
         “Saya kan murid nujum Pak Belalang,mestilah tahu,”katanya sambil ketawa.”Takde lah,saya gurau aje,”kesian pulak dia tengok mereka bila mendengar salah seornag darinya mengeluh.”ok saya cakap betul-betul,Dato’ yang suruh saya jemput awak berdua,dia risau katanya kerana korang tak sampai-sampai ke rumah dari tadi,”jelas Ikmal.
        “Apa bukti awak kalau Dato’ yang menyuruh awak jemput kitorang kat sini,”Balqis bertanya,kurang senang dengan apa yang diberitahu oleh lelaki itu kepada mereka.
         Ikmal tersenyum.”Awak nak bukti?ok,saya akan buktikan pada korang,”katanya.Ikmal mengeluarkan handphone lalu menelefon seseorang.Balqis dan Yana bingung.
         “Nah!”Ikmal menghulurkan handphone kepada Balqis.
Setelah lima minit berbual,Balqis pun menamatkan panggilan itu dan mengembalikan handphone milik Ikmal semula kepadanya.
         “Saya percayakan awak,”kata Balqis.
         “Thank’s..”balas Ikmal dengan senyuman yang tak lekang di bibir.


bersambung. . .

No comments:

Post a Comment