Monday 21 May 2012

sambungan III (bab 1) > kasih kekal abadi

Dalam prjalanan ke rumah Dato’,mereka tidak banyak bercakap.Ikmal juga tidak memberitahu mereka bahawa dia adalah anak Dato’ Hasyim kerana dia tidak mahu orang menganggap dia berbangga yang dia adalah anak orang ternama.Hampir 20 minit,mereka pun tiba di rumah Dato’.Ikmal menjemput Balqis dan Yana masuk ke rumah.
        “Qis,besar jugak rumah Dato’ ni kan,”bisik Yana kepada Balqis.
        “Ish kau ni,takde benda lain ke nak cakap,dengar dek orang nanti,lain pulak yang mereka fikir,”marah Balqis dengan perlahan,geram dengan sikap temannya itu yang tahu cakap lepas saja.


                                                                         ***

Setelah selesai majlis itu,Balqis dan Yana pun berjumpa dengan Dato’ Hasyim untuk memberitahu yang mereka hendak pulang kerana hari sudah petang benar.
         “Err,Dato’maaf mengganggu,hari dah petang jadi rasanya elok kami beransur pulang dulu.Terima kasih Dato’ sebab jemput kami ke majlis ni ,”kata Balqis dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
          “Eh! Janganlah pulang dulu,makan malam di sini ok?” Kata Dato’ mempelawa.
          “Tak apa Dato,lagi pun esok kerja takut lambat pulak baliknya”Balas Balqis dengan nada bergurau.Yana juga setuju dengan gurauan temannya itu.
          “kalau kamu dah kata begitu,tak apa lah. Ikmal,ke sini sekejap ,”Dato memanggil anaknya.Yana dan Balqis hanya melihat tingkahlaku kedua beranak itu.Beberapa minit kemudian Ikmal datang ke arah mereka dengan senyuman.
         “Ok,jom saya hantar awak berdua pulang ,”kata Ikmal.
 Balqis dan Yana tersentak dengan pelawaan Ikmal itu.
          “Eh! Tak apa,kami boleh pulang sendiri”kata Yana dengan menolak pertolongan Ikmal dengan cara yang baik.
         “Ini arahan Dato’ jadi awak berdua tak boleh nak tolak” balasnya pula.
Balqis dan Yana tidak dapat membantah apa yang katakana pada meraka kerana Ikmal hanya menurut kata ayahnya. Mahu tidak mahu, mereka pun setuju untuk dihantar pulang oleh Ikmal.




                                                                          ****

Dalam perjalanan pulang, mereka tidak bersuara walau sepatah pun kerana Yana dan Balqis segan untuk bersemuka dengan Ikmal. Rupa-rupanya Ikmal adalah anak kepada bos mereka,Dato’ Hasyim.
            “ehem”, Ikmal berdehem apabila kedua gadis comel itu hanya diam.
Yana yang duduk di sebelah pemandu hanya buat tau tahu sahaja tetapi tidak pada Balqis, Balqis yang duduk di set belakang memandang Ikmal melalui cermin depan. Balqis melihat senyuman nakal dari bibir Ikmal apabila Ikmal perasan Balqis sedang melihatnya.
            “awak Balqis kan?”, Tanya Ikmal setelah melihat Yana disebelahnya melelapkan mata.
            “ye saya”, jawab Balqis sambil memandang ke luar tingkap kereta.
            “pernah tak orang puji awak cantik? Saya nak puji awak ni, awak ada natural face,saya suka”, katanya sambil tersenyum.
Balqis terus memandang Ikmal walaupun hanya melalui cermin. ‘berani betul mamat ni’, hati Balqis berbicara.
            “thank’s” jawabnya ringkas. Muka Balqis sudah merah apabila dipuji sebegitu. Perjalanan ke rumahnya yang mengambil masa selama lebih kurang sejam dirasakan begitu lama.
            “most welcome sweetheart”,jawab Ikmal sambil tersenyum. Sempat juga dia mengeyitkan matanya kepada Balqis ketika Balqis memandangnya. Jelas sekali Balqis terkejut dengan tindakan spontan yang Ikmal berikan.

Setelah sejam dalam perjalanan balik, mereka pun sampai ke rumah. Balqis mengejutkan Yana yang nyenyak tidur.
            “Yana,bangun. Kita dah sampai ni”,Balqis mengerakkan bahu Yana.
            “Dah sampai ke? Hurhh..”, Yana mengeliat,Balqis hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah rakannya itu.
            “Ye,dah sampai. Kau tu kalau dah tidur memang tak ingat dunia”, balas Balqis kepada pertanyaan Yana.
            “hehe..aku ngantuk la,sorry”, balas Yana sambil tersenggih. Yana pun keluar dari kereta milik Ikmal. Ikmah pula sedia menantikan Yana dan Balqis.
Balqis dan Yana sudah berdiri dihadapan pintu pagr rumah mereka. Balqis memandang Ikmal.
            “err, terima kasih la ye encik Ikmal sebab sudi hantar kitorang balik,maaf menyusahkan”, Balqis memulakan bicara.
            “tak menyusahkan pun,saya lagi suka sebab dapat kenal dengan awak berrdua”, katanya sambil memandang tepat kea rah Balqis. Balqis menundukkan muka.
            “Ha’ah,thank’s ye awak sebab hantar kitorang”,sambung Yana.
Ikmal memandang Yana,senyum. “sama-sama Yana,ok lah,saya balik dulu tak manis jiran-jiran awak tengok”, jawab Ikmal.
            “ok,hati-hati memandu ye”,Yana berpesan.
            “ok, assalamualaikum”, salam diberi bagi menamatkan perbualan.
            “wa’alaikumussalam”,jawab Yana dan Balqis.


2 comments:

  1. smbgan ok best...tpi natural face 2 mcm bek tkar jdi natural beauty...^_^ hehe peace..

    ReplyDelete
  2. 0k2..thanx for the idea..hehe . .terus ikuti cerita nie k . . :)

    ReplyDelete