Wednesday 7 November 2012

sambungan IV ( bab 1) > kasih kekal abadi

Sedang asyik membuat kerja yang diarahkan oleh Dato' , Balqis tidak perasan ada orang yang sedang memerhatinya dari sudut bilik dalam pejabat itu. Ikmal tersenyum melihat gelagat Balqis yang sedang tekun membuat kerja. Tiba- tiba hatinya terdetik untuk menegur Balqis.

"Assalamualaikum cik Balqis", sapa Ikmal yang berdiri betul- betul dihadapan meja Balqis.
"wa'alaikumussalam encik . . . . ", Balqis tidak menghabiskan ayatnya apabila melihat gerangan tuan empunya suara. Balqis menundukkan mukanya apabila melihat senyuman Ikmal. Senyumannya mampu untuk mencairkan hati setiap wanita. Namun Balqis cuba berlagak seperti biasa dan memandang semula ke arah Ikmal.

"Encik Ikmal kan?" tanya Balqis walaupun sebenarnya dia sudah mengenali Ikmal.
"Ye saya cik Balqis, ingat saya lagi kan", jawab Ikmal yang setia memandang Balqis.
"Mesti la ingat encik Ikmal, encik kan anak Dato' Hasyim merangkap bos saya", jawab Balqis tenang.
Ikmal tergelak. "kalau ya pun tak payah la mantion macam tu,bunyi macam tak puas hati je. Cik Balqis marahkan saya ke?" soal Ikmal kepada Balqis sambil memandang tepat ke arah Balqis.
Balqis memandang tepat ke mata Ikmal kemudian kembali meneruskan kerjanya. "takde sebab saya untuk marah encik Ikmal. Hmm..Ada apa- apa yang perlu saya bantu?" tanyanya.
"Takde apa,saja nak tegur cik Balqis,saya tengok kusyuk benar cik buat kerja", balasnya.
"Kerja dengan orang encik Ikmal kena la buat betul-betul,kalau main-main nanti orang kata makan gaji butakan?" Balqis membalas dengan sindiran.
Ikmal tersenyum. "amboii, emosional je ni kenapa? Cik Balqis, kerja-kerja jugak tapi jangan sampai tertekan ye", balas Ikmal dan terus berlalu dengan gelak tawanya. Balqis hanya menggelengkan kepalanya.
'ada jugak bos yang macam ni, nasib la kau Balqis,' Balqis bermonolog sendiri.



 

                                                                   ****




Sedang asyik Yana menonton tv, Balqis mendekati Yana dengan muka yang sugul.

"kau ni dah kenapa? aku tengok dah macam kucing hilang anak dah rupa kau ni. Tak reti nak uruskan diri ke, dulu bukan main lagi kau nasihatkan aku jaga penampilan walaupun kat rumah tapi sekarang kau pulak yang tak terurus", ujar Yana kepada Balqis sambil matanya kusyuk menonton cerita febretnya Mr.Perfect.

Balqis memandang Yana, "Aku tak selesa la Yana", jawabnya.
hurmm..Balqis mengeluh.
Yana memandangnya, "Tak selesa kenapa? kau period ke? sapu la minyak angin tu bagi lega perut kau". jawabnya bersahaja tanpa tahu cerita sebenar.

"Kau ni dah kenapa? Aku nak cakap benda lain, kau cerita pasal datang bulan pulak", Balqis memprotes.
"laa..ye ke? kau pun cakap separuh-separuh,mana la aku tahu. ha'ahh, cerita la kat aku", pinta Yana.
Balqis duduk menghadap yana, "kau kan tahu yang Dato' dah nak bersara", jawab Balqis sambil membiarkan persoalan yang timbul untuk Yana.
"Qis, memang la aku tahu, bukan aku sorang je yang tahu Dato' nak bersara,satu syarikat dah tahu la sayang dan satu syarikat jugak dah tahu yang anak dia yang macho tu yang gantikan dia. Apa la kau ni, loading betul," jawab Yana bersahaja dengan nada yang penuh yakin.
"hmm..aku yang loading ke atau kau yang loading? Aku sebenarnya tak selesa dengan encik Ikmal, anak Dato' tu.
Yana memandang. "Tak selesa sebab anak dia? Aku tak faham,cuba kau explain kat aku," jawabnya.
Balqis, "hmm..pagi tadi encik Ikmal tegur aku la,tu yang aku x selesa. kalau tegur tanya pasal kerja aku tak kesah tapi ni saja nak ajak borak,nanti apa pulak orang cakap," jawabnya dengan nada yang risau.
"Pasal tu ke, hmm..untung la kau Qis sebab dia tegur, aku ni haa..tak nak pun dia tegur. Hmm..tapi kenapa kau tak selesa pulak,orang lain selesa je kalau bos tegur,lagi-lagi bila bos macam encik Ikmal tu,dah la macho,baik pulak tu," balas Yana sambil tersenyum.
"Malas aku nak layan kau ni, angan-angan tak sudah. Baik aku tido lagi bagus. Nite," Balas Balqis sambil berlalu. Yana hanya memandang Balqis hilang dari pandangan.




bersambung. . .





No comments:

Post a Comment