Monday 26 November 2012

KASIH KEKAL ABADI (Bab 2) ~ sambungan I

Sebulan sudah Ikmal menggantikan papanya sebagai CEO, tiada apa-apa masalah yag timbul. Dia bersyukur kerana pekerja-pekerjanya menghormatinya sebagai boss walaupun jarak umur mereka tidak jauh beza dan ada juga yang lebih tua darinya. Bagi Ikmal, inilah pengalaman yang sangat bererti apabila papanya memberikan kepercayaan kepadanya untuk menguruskan syarikat. Pada usianya yang mencecah 28 tahun itu, dia sudah mempunyai tanggungjawab yang besar. Lamunan Ikmal terhenti apabila pintu biliknya diketuk.
    " Masuk", Ikmal memberikan arahan. Kelihatan setiausahanya masuk dengan membawa buku catatan dan pen. " Ye, ada apa Balqis?", tanya Ikmal dengan senyuman.
    " Maaf, encik Ikmal ada meeting dengan Tan Sri Aminuddin pukul 2 pm nanti dekat pejabat beliau", jawab Balqis.
    "Emm..meeting mengenai apa ye?", tanya Ikmal sengaja,walhal dia sudah mengetahui tentang meeting itu.
    "Mengenai tander kapal yang meraka booking untuk menghantar barang ke Australia", jawab Balqis bersahaja.
    "Oh, okey, thanks", balas Ikmal dengan senyuman yang x lekang di bibir.
    "Kalau takde apa-apa, saya keluar dulu", tanya Balqis.
    "Okey", jawabnya ringkas.Ikmal memandang Balqis yang telah pusing membelakanginya seraya berjalan menuju ke pintu.
    "Balqis, awak cantik hari ni", ujar Ikmal perlahan namun mampu didengari oleh Balqis. Balqis terus berlalu dengan senyuman yang disembunyikan.


    Hari cuti sebegini Ikmal gemar duduk dirumah. Menghabiskan masa cutinya bersama family. Ikmal bangun awal pagi hanya kerana ingin mencuci keretanya. Dato' Hasyim dan Datin Mariam faham benar dengan perangai anak tunggalnya itu.

     "Ikmal",panggil mamanya, Datin Mariam. " Dah la tu, dah berkilau kereta tu Mal basuh", gurau beliau seiring dengan tawa papanya.

Ikmal tersenyum dengan teguran mamanya. "Kejap lagi la ma, tak bersih lagi ni", ujar Ikmal sambil menggosok rim keretanya.

    "Dah la, mari  join mama dengan papa, ni mama ada buat kuih karipap sesukaan kamu", pujuk mamanya.
    "Karipap? Okey, sekarang juga Mal datang", balas Ikmal laju. Pantang saja dengar karipap, sanggup meninggalkan semua kerja. Mama dan papanya hanya tergelak melihat telatah Ikmal. Umur telah mencecah 28 tahun tapi perangai macam budak-budak.

    Ikmal yang sedang leka makan karipap tiba-tiba terhenti. Mamanya terus memandang Ikmal dengan pelik, seterusnya memberikan signal dengan mengangkat keningnya kepada Ikmal.

 
    Ikmal tersengih seperti kerang busuk. "Ma, ada lagi tak karipap?",tanya Ikmal kepada mamanya. Datin Mariam hanya tersenyum mendengar pertanyaan anaknya, Ikmal. " Mama ingatkan kenapa la tadi. Hmm.. Ada lagi kat dapur tu, kalau Mal nak ambil la", balas mamanya.

    " Hehe..yang tu stok untuk Ikmal tau ma", ujarnya sambil tersenyum.

    " Yelah, anak mama ni ", balas mamanya.



Ikmal perhatikan papanya yang sedang kusyuk membaca news paper. " Baca apa tu pa? Kusyuk je Mal tengok", tanya Ikmal.

    "Ni haa..ada lagi kes buang bayi. Hmm..apa nak jadi la dengan remaja sekarang ni", luah papanya yang kesal dengan perangai manusia sekarang.
    "Biasa la pa, remaja sekarang tak fikir semua tu. Yang mereka fikir kepuasan, bila benda dah jadi, tanggungjawab semua takde. Lepas tu mula la nak buang bayi, nak bunuh diri", tambah Ikmal yang turut tak puas hati.
    "Hmm..", balas papanya. "Macam mana tander Tan Sri Aminuddin tu?", tanya papanya tanpa memandang Ikmal.
    "Alhamdulillah pa, semua okey cuma mereka nak tambah satu lagi kapal sebab pihak dari Australia katanya buat permintaan tambahan barangan last-last minit tapi nasib baik kita ada kapal yang masih kosong", ujar Ikmal dengan penjelasan yang penuh.
    "Hmm..baguslah kalau macam tu. Banyak rezeki Tan Sri tahun ni, ungkin rezeki anaknya si Rodzyana tu kawin kot, ye tak mamanya?", ujar papanya sengaja untuk mengusik Ikmal.
    "Ye papanya, rezeki anak turun ke ayahnya. Kita bila pulak ye papanya nak dapat menantu?", tanya mama kepada papanya pulak.

Ikmal yang mendengar hanya mengeluh. Bukan dia tidak mahu kawin tetapi jodoh belum ada lagi selepas bekas kekasihnya dulu mempermainkannya. Lisa, nama itu yang sering menganggu tidurnya dahulu. Namun semuanya menjadi barah api apabila Lisa hanya mendekatinya disebabkan duit.


    "Pa, ma, Mal bukan tak nak kawin tapi belum jumpa calon yang sesuai lagi. Mama pun tau kan macam mana Lisa buat Ikmal dulu, Ikmal tak nak benda yang sama terjadi", ujarnya seraya mengeluh.

    "Mama faham tapi jangan tutup hati kamu, tak semua perempuan macam Lisa", nasihat mamanya.
Ikmal hanya mengangguk. ' Balqis, awak macam mana, saya harap awak tak macam Lisa ', bisik hatinya.


bersambung . . . .

No comments:

Post a Comment