Sunday 3 March 2013

KASIH KEKAL ABADI (Bab 2) ~ Sambungan II

Ikmal hanya perhatikan gelagat Balqis dan Yana dari dalam kereta. Ikmal yang baru sahaja memarkirkan keretanya tidak jadi hendak keluar apabila melihat Balqis dan Yana berjalan menuju ke pintu utama syarikat. Balqis yang sedang tergelak itu kelihatan sangat manis berbaju kurung moden warna hijau. ' Hmm..Yana ni teman serumah dia, why not aku minta tolong dari dia ' ,bisik hati Ikmal seraya tersenyum.

     Pagi itu Ikmal sengaja memasuki departmen kewangan kerana Yana berada bahagian itu. Matanya melilau mencari kelibat Yana. 'Ish..mana pulak minah sorang ni' , bisik hatinya yang mengeluh.
     "Selamat pagi Encik Ikmal" , tegur Radziah, salah seorang pekerjanya.
     "Ye, selamat pagi", balasnya tersenyum. ' Hmm...nak tanya ke tak ni ' , bisik hatinya. Dilihat Radziah sedang membuat kerjanya. Ikmal menapak mendekati meja Radziah.
     "Radziah, awak ada nampak Yana tak? ", tanya Ikmal dengan muka selamba.
     "Encik Ikmal, tadi saya nampak Yana kat pantry, kenapa encik? " , tanya Radziah pelik. First time bos sendiri cari pekerja.
     "Oh! Takde apa. Terima kasih ", balas Ikmal. Radziah hanya mengangguk seraya meneruskan kerjanya apabila Ikmal berlalu menuju ke pantry.


     "Selamat pagi cik Yana" , ujar Ikmal apabila melihat Yana sedang asyik membancuh milo.

     "Eh! Bos..selamat pagi. Bos nak air? saya  boleh buatkan", ujar Yana bersahaja apabila ditegur. Sifat peramah itu yang membuatkan semua orang mudah mendekatinya.
     "Hmm...kalau awak tak kisah, buatkan saya milo kurang manis"', balas Ikmal dengan senyuman.
     "Bereh bos!", balas Yana sambil tergelak.
Ikmal hanya memandang gelagat Yana yang seakan-akan budak-budak itu. ' Hmm..boleh jalan ke tak  plan aku ni ' bisik hati Ikmal.
     "Air milo kurang manis siap!", ucap Yana tiba-tiba menyedarkan Ikmal dari lamunan.
     Ikmal tersenyum. "Terima kasih. Jemput la duduk", balas Ikmal.
     "Hehe..sama-sama", tersenyum.
     'Ish..macam mana aku nak tanya ni, nak tanya direct ke nak bunga-bunga dulu', hatinya berbicara gelisah. " hmm.. awak housemate Balqis kn?" , tanya Ikmal gagap. Seingat Ikmal, dia tak pernah takut dan gelisah seperti ini jika ingin bertanyakan sesuatu.
     " A'ah..saya la, kenapa boss? ", tanya yana selamber tanpa memikirkan apa-apa.
     " Oh! Okey.. saya nak tanya something ni tapi awak kena janji dengan saya yang awak tak akan ceritakan kat Balqis. Ini rahsia awak dengan saya " , balas Ikmal laju.
     'Kenapa pulak dengan boss aku ni ', bisik hati Yana apabila mendengar permintaan Ikmal yang memintanya untuk merahsiakan hal itu. " Yelah, saya janji. Boss nak tanya apa? Macam something serius je ", balas Yana dengan muka pelik.
      " Balqis tu dah ada pakwe ke?", tanya Ikmal perlahan seraya memandang tepat anak mata Yana.
      ' Oh! Ini rupanya persoalan yang timbul, patut pun nak aku rahsiakan dari Balqis. Hehe..', hati Yana tergelak. " Oh! ini rupanya, hehe... setahu saya la boss, Balqis tu takde pakwe, tunang or suami . Tapi, secret admire tu ramai la", jawab Yana bersahaja.
      " Okey, tapi betul ye dia masih single, kalau awak tipu saya,siap awak! ", balas Ikmal beserta ugutan.
      ' Alamak! Siap ugut aku lagi '. " Ye, betul la boss, tapi tak tahu la kalau Balqis rahsiakan dari saya", jelas Yana. Takut juga dia dengan ugutan itu.
      " Okey!,Saya nak awak tolong saya untuk dekat dengan dia. So, untuk hari ini, boleh tak awak bagi nombor telefon dia?", pinta Ikmal.
      " Tapi boss, nanti dia marah saya macam mana? Dia tak suka kalau orang bagi nombor dia tanpa izin ", balas Yana.
      " Cik Yana, dia tak akan tahu kalau awak tak bagitahu", balas Ikmal geram.
      " Hmm..tapi.....", Yana cuba untuk menjelaskan namun dipotong oleh Ikmal.
      " Takde tapi-tapi lagi, ini arahan saya. Saya nak nombor telefon dia sekarang!! ", balas Ikmal dengan muka marah yang dibuat-buat.
      " Okey-okey, saya bagi ", balas Yana tergesa-gesa. Dia memberi telefonnya tang tertera nombor Balqis kepada Ikmal. Ikmal tersenyum dalam hati apabila Yana memberikan nombor itu.

' tahu takut,hehe.. Sorry la Yana, aku terpaksa ', bisik hatinya lucu. "hmm..macam ni la, ni tak, nak jugak kena marah ", ujat Ikmal perlahan seraya menghabiskan minumannya. " Maaf ye Yana, saya tak marah awak pun,saya saja nak sakat awak. Hehe..rahsiakan hal ni okey ", sambung Ikmal seraya beransur pergi.

Yana hanya memandang dengan hati yang geram. ' Ada jugak boss macam ni. Hmm..macam mana ni, mampos aku kalau Qis tau ', bisik hati kecilnya.



                                                                      *     *      *      *     *



No comments:

Post a Comment