Monday 19 November 2012

KASIH KEKAL ABADI ( BAB 2)

          Majlis persaraan  Dato' Hasyim dimulakan dengan doa. Walaupun Dato' merupakan seorang ahli korporat yang berjaya namun beliau amat menitikberatkan soal agama. Dato' Hasyim juga mengamalkan hidup bersederhana tanpa bermegah-megah. Begitulah yang diajar kepada anak-anaknya.

          Selesai bacaan doa, pengerusi majlis memulakan kata-kata aluannya. Hampir sepuluh minit berlalu, pengerusi majlis menjemput Dato' Hasyim untuk naik ke pentas bagi menyampaikan ucapan beliau. Beliau yang naik ke pentas, diiringi oleh anaknya, Ikmal yang bakal menggantikan tempatnya.

    "Assalamualaikum dan selamat malam", beliau memulakan ucapannya. Dato' tersenyum kepada semua pekerjanya yang telah berbakti untuk menaikkan syarikatnya selama ini. "Bismillahirahmannirrahim, alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi bertemu kita juga dimajlis ini, terima kasih kerana sudi hadir ke majlis persaraan saya. Sudah hampir 35 tahun syarikat ini beroperasi, segala dugaan,pahit manis kita lalui bersama. Saya sangat bersyukur kerana kalian semua masih bersama sudi bersama saya, tanpa kalian, mungkin saya tak akan berada ditahap ini", ujar Dato' Hasyim sebak.

          Semua pekerja- pekerjanya sebak kenara Dato' Hasyim hendak bersara. Dato' yang dikenali dengan gayanya yang peramah itu sangat disenangi oleh semua orang. Oleh itulah beliau sangat dihormati.

    "Qis", panggil Yana dengan perlahan.
    "Ye, kenapa?", soal Yana tanpa memandang Yana. Fokusnya hanya pada Dato' yang sedang membuat ucapan.
    "Mesti tak syok bila Dato' dah takde", ujarnya sebak.
    "Eh, bukan kau suka ke sebab anak dia yang handsome tu yang ganti? Hari tu bukan main lagi kau, beriya-iya tak sabar dia jadi bigboss, ni dah jadi lain pulak", balas Balqis memulangkan paku buah keras kepada Yana.
    "Kau ni, memang la aku nak anak dia yang handsome tu jadi bigboss cepat tapi kita tak tau lagi perangai sebenar dia. Dibuatnya garang, mampos kita, semua tak berani nak jumpa dia nanti", balas Yana dengan muka yang dibuat-buat.
    "Tau pun kau", balas Balqis. "Aku ingatkan kau tak fikir dah semua tu. Almaklum la, orang tu dah macam orang angau bercinta tengok bakal boss handsome. Emm..kalau kau fikir macam tu, aku pun fikir benda yang sama, so sama-sama la lita berdoa supaya encik Ikmal tu sama perangai macam Dato' ", sambung Balqis sambil memandang Yana yang termenung.

    Mereka kembali fokus kepada Dato' Hasyim yang sedang membuat ucapan. "Dengan ini, saya menjemput anak saya, Ikmal untuk naik ke pentas", ucap Dato'. Semua yang hadir bertepuk tangan tanda menghormati bakal CEO mereka yang baru.
    Ikmal naik ke pentas sambil tersenyum, beliau bersalaman dengan dengan papanya, Dato' Hasyim. " Ini adalah CEO kalian yang baru, saya harap kalian dapat bekerjasama dengan Ikmal", Dato' Hasyim berkata. Beliau mempersilakan Ikmal untuk memberi ucapan. Ikmal yang segak berbaju kemeja biru gelap, berlengan pendek dan berseluar slack itu kelihatan sangat matang.

    "Assalamualaikum dan selamat malam, terima kasih kepada Dato' Hasyim kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menguruskan syarikat ini. Saya berharap kalian semua boleh bekerjasama dengan saya,mungkin saya tidak boleh menandingi kecekapan Dato' dalam menguruskan syarikat tapi saya akan berusaha", ucapnya sambil tergelak kerana dirasakan agak lucu ucapannya itu.

    Ikmal hanya memberikan ucapan selama lima belas minit sahaja. Kemudian beliau menyerahkan kembali tempat itu kepada pengerusi majlis. Jam sudah menunjukkan pukul 8.45 malam. Mereka menjamu selera diruang yang disediakan.
    Yana yang kembali ke meja dengan membawa makanan itu duduk sebelah Balqis.

    "Oiii..kau ni termenung pulak, tak nak makan ke? kau tengok la makanan yang aku ambil ni,nampak sedapkan", ujarnya sambil menyuap satey ayam ke mulutnya.
    "Eee..kau ni makan ke melantak cik Yana oii, bukan main banyak lagi kau ambil, nanti kalau gemuk padan muka kau", boikot Balqis.
    "Ala kau ni, malam ni je kan aku makan banyak,lagi pun makanan free, so boleh la makan banyak", balasnya sambil tersengih menampakkan barisan gigi putihnya kepada Balqis.
    "Suka hati kau la Yana, nanti kalau berat badan kau naik, jangan nak merungut pulak",balas Balqis. "Dah la, cakap dengan kau memang tak pernah nak habis,baik aku ambil makanan lagi bagus", sambung Balqis seraya berdiri.
    "Ambilkan aku ayam mayonis erk Qis", pinta Yana sambil buat muka cutenya.
    "Emm..makan je makcik ni", ujar Balqis lalu pergi ke meja yang menempatkan makanan.



                                                          *   *   *   *


Ikmal yang dari tadi asyik perhatikan Balqis tersedar apabila bahunya ditepuk. 'Aduh..papa ni kacau daun betul la,baru nak angan-angan dating dengan Balqis', ujarnya dalam hati sambil tersenyum memandang papanya.
    "Mal, tak makan ke? Asyik termenung je ke tengah perhatikan Balqis?", ujar papanya yang menyedari tindak tanduk anaknya dari tadi.
'Alamak, papa perasan ke,kantoi aku', Ikmal tergelak. "Kejap lagi Mal  makan. Papa dah makan ke?", tanya Ikmal.
    "Papa dah makan dah tadi, kamu mana nak perasan kalau mata tu asyik pandang pekerja papa je", balas papanya sengaja menduga hati anaknya.
    "Sekali sekala nak juga usya pekerja papa tu", balas Ikmal lantas tergelak.
    "Mereka tu dah jadi pelerja kamu Mal. Papa tak kisah siapa pilihan kamu, yang penting hormat orang tua,jaga agama dan boleh buat kamu bahagia", ujar papanya. Dia tidak menghalang siapa pun pilihan anaknya.
    "Betul ke papa tak kisah ni?", tanya Ikmal bagi mendapatkan kepastian.
    "Betul la,cuma satu je papa minta", balasnya.
    "Apa pa?", soal Ikmal.
    "Kalau pun bercinta dengan pekerja sendiri, jangan campur adukkan hal kerja dengan personal ", balas papanya.
    "Oh, ingatkan apa je tadi", balas Ikmal sambil tersenyum. "Papa don't worry okey, I'll be profesional ", ujarnya dengan yakin.
    "Baguslah kalau macam tu, dah pergi makan nanti masuk angin perut tu", ujar papanya.
    "Yelah,Mal ambil makanan dulu",seraya berlalu meninggalkan papanya.



bersambung....

No comments:

Post a Comment